Penulis baru masuk ke dalam rumah. Jam 1 lebih pagi. Terlihat TV3 sebuah drama, kelihatan kepala seekor hantu sedang melihat lihat keliling tatkala seorang lelaki yang kelihatan berilmu agama dan seorang wanita dihadapan sang hantu tadi.
Penulis bertanya pada Emak yang khusyuk menonton gerangan jenis hantu digambarkan dalam TV itu, dijawab Emak- penanggal.
Terus penulis bertanya samada keluarga kami pernah diganggu jenisan hantu itu. Emak menjawab iya.
Penulis bertanya lagi pada waktu siapa bersalin (ini kerana penanggal dikaitkan minum makan darah nifas) ?
Mak Long Tik jawab Emak penulis.
Bagi pembaca yang biasa dengan penulisan penulis pasti tahu Mak Long Tik ini emak saudara sulung penulis dan sangat banyak cerita paranormal yang penulis dapat daripada Mak Long Tik.
Penulis bertanya lagi macam mana tahu penanggal datang? Emak mengatakan dibawah rumah (jenis rumah tinggi) kedengaran ayam berkokok kokok bising tatkala Mak Long Tik kesakitan bersalin.
Ikut petua orang lama memang sudah disediakan daun daun tajam dibawah rumah dengan tujuan perangkap pada penanggal.
Penulis baru teringat bila Emak menyebut Mak Long Tik, kerana pernah terdengar daripada mulut Mak Long Tik sendiri kisah ini, dan seingat penulis bila dijengah bawah rumah oleh seorang ahli keluarga kami, dilihat penanggal itu sedang menghalau ayam ayam yang cuba mematuk tali perut si penanggal tadi. Dengar kelakar, tapi berapa beranikah kita sebenarnya?
Wallahualam. Sekadar berkisah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan