Kita bila mendengar satu satu lagu, kebanyakkan kita jarang mengambil kira proses produksi sesebuah lagu. Yang kita mahu tahu sedap atau tidak saja lagunya, betul?
Di barat, mereka mereka yang bergelar artis pemuzik ini kadangkala bosan dengan 'approach' pembikinan album di studio. Makanya mereka cuba cuba merakam diluar studio. Seperti dalam bilik hotel, tandas, kawasan tangga dan lain lain. Contoh paling popular ialah sesi rakaman Deep Purple (rujuk lagu Smoke on the water), Led Zeppelin (album IV tak silap), dan di Malaysia Awie sendiri pernah berbuat 'approach' yang sama untuk album Santai (pada penulis lagu Iris banyak menyimpan kenangan manis yang hilang selamanya).
Jadi anda kenal band Papa Roach? Ada satu lagu mereka yang dikatakan rip off Iron Maiden. Penulis tak berapa minat sangat band dengan celak, tatu dan baju hitam yang waktu itu zaman dikatakan waktu nu metal. Setakat Korn masih boleh lagi. Ol skool Korn sedap.
Jadi berbalik semula, band Papa Roach sebelum ini juga pernah mencuba 'approach' rakaman diluar studio. Mereka menyewa sebuah rumah. Dan oleh kerana gembira dengan hasil rakaman album sebelumnya, mereka sekali lagi membuat keputusan yang sama merakam cara yang sama untuk album terbaru mereka.
Cumanya tatkala mereka memasuki rumah yang disewa buat kali kedua itu, dapat dirasakan kelainan tiba tiba. Semua ahli band termasuk krew dapat merasakan kepelikkan rumah itu. 'Vibe' pada rakaman sebelumnya tidak sama dengan sesi baru mereka ini.
Suatu malam, pemain gitar mereka (tak silap ingatan pendek penulis) membuka sebuah pintu.
Untuk pengetahuan, pada sesi rakaman lama mereka, tidak ada dinding dan pintu yang dibuka pemain gitar tadi. Seolah olah dinding dan pintu itu baru dibuat. Susun letaknya merentang sebuah kawasan dewan (tidaklah seluas dewan perhimpunan sekolah).
Jadi bila ada dinding yang dibina merentangi dewan itu, maka pemain gitar ini terasa mahu tahu. Dan dipulas tombol pintu dan ditolak daun pintu ke dalam..........
'What can I help you?' sapa suatu suara dalam gelap. Tanpa kelihatan sesiapa, selain kegelapan dikawasan ruangan pintu dibuka.
Pemain gitar tidaklah pengsan. Cuma rasanya mereka tidak akan merakam buat kali ketiga dirumah yang sama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan