Jumaat, 19 Oktober 2012

Cerita

'Cerita menarik? Haha. Ada tu memang ada. Tapi banyak juga dah lupa. Umur bukan muda pun. Hahaha!!' gelak Haji Nordin, tatkala ditemui.

Berusia 95 tahun mengikut kad pengenalan. Biasanya orang orang lama membuat kad pengenalan bilamana mereka sudah berumah tangga untuk memudahkan persekolahan anak anak atau bila cuma mahu berurusan dengan kerajaan kolonial dahulu seperti meminta senapang untuk menjaga kebun.

'Nak cerita macam mana? Kalau saya mungkin tak banyak cerita menarik. Tapi kalau yang orang orang saya kenal ada juga dengar macam macam.....Fuhhhh' sambil menghembus asap rokok gulung.

'Dulu ada seorang kawan saya, arwah dah. Lama. Sebelum PAS keluar UMNO dulu. Berilmu batin jugalah orangnya. Dia kerja drebar Tuan D.O di @#$#@!@!@!@#.' sambung beliau lagi.

'Orang kita dulu memang kerja sepenuh hati. Sebab zaman dulu bukan senang nak dapat kerja diluar kampung sendiri. Kalau ada otak sikit jadi cikgu sekolah, kalau macam kami yang membaca pun gagap, apa pilihan ada? Kerjalah macam macam. Tapi dulu hidup agak senang sikit. Duit dulu nilai tak besar tapi barang harga tak mahal macam sekarang. Hahaha......Fuhhhhhhhh' menghembus asap lagi.

'Jadi kawan saya tu kerja memang baiklah. Tapi tahulah Mat Salleh ni. Rasa tuan tu mesti ada. Nak nak orang Melayu dulu cuma dianggap kuli aja. Mat Salleh jajah kita, takkan nak samakan kita Melayu dengan bangsa dia sendiri. Nak nak Mat Salleh tu kafir. Nama ja orang panggil Mat Salleh. Hahaha.....Fuhhhhh'

'Jadi suatu masa tu kawan tadi tersinggunglah dengan tuan Mat Salleh dia tadi. Tak silap pasal parking kereta tak betul betul masuk kotak (lot) dia. Alahhh senget sikit aja pun. Orang dah kerja lama dengan dia pun nak berkira benda remeh temeh tu. Mat Salleh tu pun selalu panggil kawan saya tadi kerja tengah tengah malam, kawan tadi tak merungut pun. Kira tak adillah.....' semakin rancak bercerita.

'Kebetulan ada tetamu pada tuan Mat Salleh tadi. Tumpang sekaki marah kawan tadi. Hahaha. Memang patutlah kawan tadi naik marah. Mat Salleh ni pun bodoh juga.'

'Sebulan lepas tu Mat Salleh tu pindah' semakin menghampiri klimaks cerita.

'Mat Salleh tu pindah, sebab malu. Malu bila orang kecoh isteri dia tidur dengan kawan saya tadi. Yang selama ni dianggap kuli. Hahahahahaha. Macam mana dia buat saya tak tahu. Hahahaha.'

'Mungkin nakallah. Tapi padan muka Mat Salleh tu'



Tiada ulasan: