Jumaat, 13 Disember 2013

Kenduri

Ini cerita lama, sebelum 1900 an dulu rasanya.

Dulu kalau kenduri dibuat orang kaya, orang ternama, wakil Sultan atau dukun bomoh pawang, sampai ke kampung kampung sebelah 1 kampung turun.

Jadinya seorang orang kaya ini mengadakan majlis kenduri kahwin untuk anak perempuan bongsu beliau. Besar besaran. Lembu kambing entah berapa ekor tumbang.

Orang orang kampung ramai ramai turun, sebab ini antara masa makan sedap. Biasa nak makan daging setahun sekali payah. Sedangkan masa itu tanah berelung relung, cuma tak ada usaha. Itu anak cucu sekarang tertanya kenapa nenek moyang kita dulu dulu senang senang sangat jual tanah macam jual pisang?

Balik pada kenduri tadi, datang seorang lelaki dagang. Tua orangnya. 60 ke 70 tahun umur. Nak tumpang meriah.

Entah macam mana ada pula tetamu lain terkurang ajar dengan lelaki tua tadi. Iyalah, orang dagang. Siapa sangat nak pandang? Dulu lah punya cerita.

Lelaki tua tadi diam saja dan mengundur diri. Tak sempat jamah apa.  Tak siapa pun kisah.

Tak lama kemudian, terbakar tiba tiba khemah kenduri. Seorang budak mati terpijak waktu tengah panik orang menyelamatkan diri.

Tapi kenduri masih dijalankan. Kenduri orang kaya lah katakan.

Tunggu punya tunggu rombongan lelaki tak sampai sampai.

Sampai ke tengah malam.

Esoknya tunggu lagi, tak sampai sampai.

Esok satu lagi baru sampai. Kenduri tetap diteruskan tapi semua orang dah rasa hairan.

Bila ditanya rombongan lelaki kata mereka sesat tak nampak jalan masuk ke kampung. Jumpa jalan bila seorang tua datang minta sedekah makanan.

Makin hairan orang semua.

Fikir fikir maka cuba dicari orang dagang tua tadi. Ikhtiar orang dulu dulu.

Tak jumpa. Pondoknya kosong tak berpenghuni lagi.

Sumber cerita daripada orang orang lama kampung penulis.

Ahad, 24 November 2013

Bersama Julo.

Julo pernah mengikut kontrak piling sehingga ke Perak, Selangor, Terengganu dll.  Masih bujang jadi tak berkira sangat bila sampai ke satu satu tapak projek, Julo akan duduk di kotai kotai, rumah kedai dalam pembangunan, bawah mesin, malah bawah pokok pisang juga boleh.

Julo bercerita sekali, di Selangor, beliau duduk dalam satu kontena. 2 bulan. Malam malam kena kacau. Kalau setakat bunyi tikus Julo tak gentar. Ini bunyi orang mengetuk, melompat, berlari lari yang didengar beliau setiap malam. Orang ketuk dinding kontena bunyi macam mana? Orang melompat di atas kontena bunyinya? Orang berlari lari dalam kontena, kemudian terasa berhenti dihujung kaki, apa perasaan?

Julo kata memang seram, tapi lagi seram tak ada duit.

Betul.

P/s-Julo adik sepupu penulis.

Berkumpul di kampung

1. Abang Zaini waktu sojar dulu, menurut Akak sepupu penulis sekaligus isteri Abang Zaini,  pernah terjumpa makhluk Tuhan paling.....Pontianak. Peri rupa Pontianak dilihatnya sangatlah hodoh iras iras beruang yang tak macam beruang.

2. Pak Andak penulis satu masa keluar memancing. Tak sampai 1 jam, 18 ekor sembilang besar lengan. Suka hati.

Sampai dirumah terbau tahi.

Mak Andak pula terus menyiang ikan ikan tadi.

Semakin kuat bau tahi.

Pak Andak ambil semula 18 ekor tadi, terus dibuang.  Malas melayan.

Sabtu, 23 November 2013

Jefri Ahmad

Melilau mata Jefri bin Ahmad melihat kiri kanan cermin bas. Jam hampir 2 pagi. Beliau dari Somban.

Banyak perubahan kawasan menuju ke Postian, penghujung benua Asia. Beliau dah 8 tahun tak balik. Somban tempat kerja, Postian kawasan belah Emak beliau, Mokde penulis.

Jefri saja nak balik Postian. Terpanggil panggil.

Sekarang turun di bus stand, kemudian telefon Bedan, sepupu  dikampung, ambil beliau. Perancangan dibuat begitulah. Telefon ingatkan.

Masalah bas bas ekspres kalau lalu Postian ni, depa jenis leceh nak turunkan orang dikawasan bus stand. Depa memilih turunkan orang di kawasan traffic light 200 meter jarak ke bus stand. Disitulah Jefri diturunkan. Seorang diri. Pemandu bas senang hati, nasib tak baik ada beg penumpang tertinggal  di compartment bawah bas. Tahu, penulis dah kena.

Kawasan bandar lama telah tidur. Biasa jam 10 malam kedai dah tutup pintu.

Jefri berjalan ke bus stand. Mencari telefon awam. Samsung beliau habis bateri dalam perjalanan tadi. Balik kerja terus naik bas, tak sempat charge.

Tergamam tiba tiba Jefri, bus stand lama tidak kelihatan didepan mata. Bayangkan sebesar besar bus stand Postian, telah tidak kenampakkan lagi.

Rata. Jefri terasa panik sekejap. Apa nak buat?

'Pergi mana?' tiba tiba suara sapaan dibelakang. Ngam ngam suasana.

Seorang Apek tua kerenyut dengan Mercedes tua. 

'Lu mana pigi?' ulang tanya lagi Apek Mercedes tadi.

Tin tin tin. Corolla Bedan tiba. Toyota Corolla.

'Dan, mana bus stand?' tanya Jefri tak sabar.

'Runtuh dah. Bus stand sekarang kat bandar baru. Tu. Seberang sana' juih Bedan sambil menyalakan Johns sebatang. Seberang itu dikawasan Tambak, aka Bandar Baru. Dipisahkan sungai bertemu laut.

'Patut lah. Aku terperanjat tengok rata aja bus stand tadi ni. Oh dah ada bus stand baru, yang lama dah runtuh. Jauh juga daripada kampung.' lega sedikit Jefri rasa.

Jadi mana Apek Mercedes tadi?

Jefri terjenguk jenguk.

Tiada.

Khamis, 21 November 2013

Usop Abe

Kedua dua watak ini adalah kawan sekolah teknik penulis. Terutama Usop yangnsatu dorm dengan penulis, 10 tahun lepas.

Mereka berdua mengikuti program untuk pelajar lepasan  ijazah, bagi diserapkan ke dalam industri. Di UTM. Kolej 16. Satu bilik mereka berdua. Tahun 2010.

Sedap berbual bual, di tingkap terbuka luas,  terdengar entah bunyi apa. Tak jelas serak kasar.  Usop memandang Abe, Abe memandang Usop.

Sekarang penulis tinggal di kolej 17. 2013. Sebelah sebelah.

Nabila Highland Tower? Hahahaha

Menonton Highland Tower, OK pirated CD, adegan peremluan dirasuk, Ayah penulis menceritakan waktu zaman mudanya di Kedah, melihat orang kerasukkan.

Hampir terbang orang yang dirasuk, diekor pawang dibelakang. Bila di amati, jari jari kaki mangsa antara terawang awang dengan rumput ditanah. Tak terbang tak jejak.

Sabtu, 28 September 2013

Mencari internet

Sesuai tajuk, penulis selalu bermasalah dengan sambungan internet yang lemah di tempat penulis. Jadinya keluarlah duduk didepan rumah malam malam buta kerana diluar saja baru sambungan sedap.

Jadi bila sudah diluar malam malam buta, macam macamlah terdengar. Beberapa minit sebelum menulis ini, penulis terdengar kayuhan basikal daripada arah kiri, dijenguk tiada orang, terdengar kayuhan basikal tadi lepas ke sebelah kanan.

Terima kasih Celcom.

Sabtu, 22 Jun 2013

Yo

Acit dan Niah selalu bermain main dibawah pokok mangga didepan rumah Bedan. Rumah sebelah menyebelah. Budak berdua ni kalau disuruh belajar mereka akan ambil buku dan  belajar, bila penulis balik mereka sambung bermain semula. 

Seronok sangat bermain mereka. Tambah pula dikampung budak budak kecil dah tak ramai.

Satu hujung minggu penulis ke rumah mereka. Mak Izah, Emak Niah/Nenek si Acit, memberitahu penulis budak berdua tadi ketakutan berlari balik semalamnya.

Nu diatas dahan mangga, entah makhluk apa, kecil berwarna gelap kelabu melambai lambai tangan pada mereka berdua dibawah.

Masanya tengahari, biasalah tu.

Kawan memancing.

Sebelum berkahwin, Along, sepupu penulis,  gemar mengikuti trip memancing. Ada masa sampai ke Thai. Hujung minggu beliau  dipenuhi dengan aktiviti memancing. Kalau dijengah wall FB beliau, penuh berkaitan memancing dan gambar gambar hasil memancing.

Dalam satu trip ke hutan disempadan Johor Pahang, Along bersama rakan rakannya masuk jauh ke dalam hutan berjalan kaki.8 jam. 3 kali berhenti.

Kawasan dituju memang sangat sangat cantik, siap sekali dengan lata untuk mandi. Kawasan ini tidak ramai yang tahu. Maka ini menjadi lubuk yang cuma kawan kawan saja tahu. Air cantik berwarna hijau. Orang kata petanda banyak ikan mahal mahal.Iya?

Sebaik sampai mereka terus membahagikan tugas. Kesemua tersenyum riang kerana sudah terbayang hasil tangkapan. Siap.

Masa memancing kemudiannya selepas makan malam. Jam sekitar Isyak. Bersiap siap mereka.

'Wak (nama panggilan sesama kawan Along, beliau Jawa mengikut sebelah Ayahnya), esok kita balik. Esok kita balik.' kata seorang rakan beliau tiba tiba

'Ha? Kenapa? Apasal? Kan 3 hari?' soal Along antara pelik dan hairan dan bengang.

Kawannya diam saja.

'Tom, Tom' panggil Along pada seorang kawan yang lain yang berhampiran.

Kawan yang diam tadi tiba tiba terbang ke atas. Menghilang dibalik dahan dahan pokok tinggi menjulang.

Esok mereka semua balik, awal awal pagi.

P/s-ada menyamar meneyerupai sedang orang yang sebenar dok buat kerja lain dibelakang.

Rabu, 19 Jun 2013

Lampu

Penulis baru pulang daripada bilik kerja difakulti. Perjalanan  pulang biasa saja. Buat yang pernah ke UTM Skudai pasti tahu kawasan sekitar masjid membawa ke gate belakang berdekatan Seri Pulai. Fakulti dan hostel penulis berjarak begitu. Kurang 10 minit dengan kenderaan 4 tayar.

Sampai ke parking lot, penulis dapat melihat bilik penulis, kerana bilik dan parking lot terletak berhadapan. Kawasan parking lot sedikit berbukit dalam 15 kaki, dan bilik penulis ditingkat 3. Senang nak jenguk malam malam.Kelihatan bilik hujungs dihuni seorang Cina Sarawak,bilik tengah dihuni beberapa squatters, dan bilik penulis dihujung satu lagi.

Jelas kelihatan bilik penulis dari kawasan parking lot. Kemudian bergeraklah penulis naik ke bilik.

Sesampai dibilik, gelap gelita.

Terperanjat juga penulis kerana diparking lot tadi jelas nampak bilik penulis terang terbuka lampu dan kipas berpusing. Terus penulis mensip kisah ini, sambil kedengaran sebagai latar belakang bunyi entah burung apa diluar.

Sabtu, 8 Jun 2013

Kampung's story

Oa, sepupu penulis dengan beza umur 2 tahun. Seorang yang manja dan mudah bergurau. Jika berkumpul ramai ramai Oa lah yang akam menjadi sasaran gurauan kami. Saat penulis menaip cerita ini, kami keluarga besar sedang berumah dirumah pusaka dan Oa sedang OTW dari Kluang ke kampung kami di Pontian. Jadi sempena berkumpul dikampung ini,cerita hantu akan mengambil tempat.

1.Oa bekerja dengan Peladang di Renggam, Menyewa rumah disana. Suatu malam Jumaat, beliau terdengar ditingkat atas terdengar orang berbual. Beberapa malam Jumaat lagi kejadian sama berlaku. Tidak ama kemudian jiran jiran bercerita, rupanya rumah sewa tersebut pernah ada orang tua mati tak ketahuan.Bila berjumpa cuma rangka. Begitupun Oa rock sahaja.

2.Suatu malam, Oa tidur dirumah pusaka keluarga kami.Berseorangan.Oa sedang melalui proses peralihan kehidupan. Belajar hidup berdikari. Hujan pula malam itu,didapur terdengar suara orang. Oa sekadar bergumam "Aku tak kacau, kau jangan kacau".

3.Along, abang Oa adaah pemancing fanatik, Memang gila gila memancing. Waktu isteri dekat nak bersalin saja beliau slow sedikit.Habis saja bersalin Along kembali aktif.

Suatu masa Along mengikuti trip ke hutan Pahang. Seperti biasa diwaktu malam, sedap memancing matanya mendongak keatas. TARAAA...Pontianak. Rambut panjang berjurai sambil kain seperti buaian ditolak angin. Along tidak panik.Sempat ditanya rakannya nampak tidak Pontianak diatas mereka. Sekadar mengangguk saja si rakan. Mengenangkan ada anak kecil dirumah, Along mengalah dan pulang keesokan hari.

4.Julo, adik sepupu penulis, suatu malam pulang kerumah dikampung kami. Rumah beliau berhampiran rumah pusaka arwah Atuk. Mendekati kasasan tali air disimpang empat ditengah jalan, kelihatan seorang lelaki. Berduri seluruh badan.

Nakalnya Si Juli dicabar lelaki duri tadi. Minta nombor.

5.Satu masa diawal 90an, Bang Boh,cucu sulung arwah Atuk, baru pulang daripada kilang Mitsumi, orang Pontian tahu dimana. Jam 3 pagi. Jalan sama dilalui Julo dalam cerita diatas tadi, bezanya cerita Julo baru berlaku.

Jadi Bang Boh melalui jalan tadi. TARAAA.....Terkangkang hantu tinggi, kaki kiri kanan di dua belah bahu jalan. Sampai ke rumah Bang Boh bisu sekejap.

Sabtu, 20 April 2013

02

Tahun 2002. Lokasi SMTBP.Waktu antara 6 setengah petang hingga 7 petang.

Pada waktu itu penulis masih dalam tingkatan 4 Kejuruteraan Awam 2. Spesifik masa ialah cuti akhir tahun. Penulis menunggu keluarga penulis dstang mengambil kerana isu logistik. Kawan kawan asrama telah pulang berjam jam sebelumnya.

Remang remang kuning telah mengambil tempat, penulis masih menunggu dibawah kawasan anak tangga yang berbukit menuju ke surau asrama.

Terasa tiba tiba ada seseorang turun perlahan lahan daripada kawasan atas bukit. Menuju ke tempat penulis menunggu. Perlahan saja langkahnya.

Terasa mahu menoleh kebelakang. Terfikir juga meneka neka siapa pula yang masih tidak keluar daripada asrama lagi. Penulis memang pasti penulis saja yang masih ada dalam perkarangan asrama.

Kedengaran lagi bunyi seseorang tadi.

Cantik cantik keluarga penulis sampai.  Sambil sambil memasukkan barang ke dalam kereta sambil sambil mencuri lihat siapa gerangan.

Tiada.

Ahad, 14 April 2013

Dalam pembinaan

'Pak, kok dulu disini ada pernah berbunuhan?' tanya seorang buruh membina jalan pada penyelia beliau. Lokasi ditempat penulis.

'Kenapa?' malas saja jawab penyelia tadi.

'Malam tadi saya mimpi seorang Cina naik basikal dengan anaknya' ditambah isi perbualan.

'Mimpi?' senyum saja penyelianya.

p/s-menurut cerita orang orang lama, satu kawasan dikampung penulis pernah dudlunya wujud kampung Cina. Dalam satu malam satu ketika, satu kampung tadi diserang Komunis. Arwah Datuk penulis yang bergegas bersama orang orang Melayu lain, bercerita waktu masuk kesebuah rumah dikampung Cina tadi, tenggelam separuh betis dalam darah.

Sabtu, 6 April 2013

Heh

Penuls dan Ayah penulis dalam masa beberapa minggu ini sering berulang alik ke kampung di Parit Kasim Pontian untuk menguruskan pembinaan rumah kucing. Siang tadinya kucing kucing telah dihantar ke kampung.

Malamnya kami datang lagi ke kampung, jam 9 setengah, sambil membawa makanan kering untuk supper kucing kucing kami. Waktu sampai kami lihat jumlah kucing telah bertambah, kepunyaan saudara sekampung yang mana kami telah berbincang untuk sama sama menguruskan kebajikan kucing kucing kami dan mereka.

Rumah kucing kami uruskan bina kemudian saudara tadi akan menguruskan makan minum dan kebersihan kucing kucing disamping kami akan memberi bekalan ikan untuk direbus gaul dengan nasi. Menu harian si kucing kucing kampung.

Jadi dalam kegelapan malam, ditemani lampu suluh 3 bateri dan pancaran lemah cahaya lampu daripada rumah saudara tadi, saya dan Ayah memberikan kucing kucing makan.

'Heh'

Saya terdengar tiba tiba heh tadi. Ditoleh ke belakang hanya kegelapan saja. Daun daun pokok bergoyang goyang ditolak angin.

Saya merenung ke arah yang saya tahu sumber bunyi tadi. Menunggu nunggu. Ayah menegur saya dan kami menyambung kembali memberi kucing kucing makan.

Saya kemudian kembali merenung ke arah sumber bunyi tadi. Gelap saja sambil angin bertiup kencang.

Hinggalah kami pulang, saya masih menunggu sumber bunyi heh tadi. Tiada apa apa.

Heh.

Selasa, 12 Mac 2013

Florida

Julo merenung cermin bilik air. Sebatang Surya ditangan pengganti aweks nun jauh di Johor. Beliau mengikuti konvoi kawan kawan sekepala ke Kuantan.Esok pagi sudah mahu pulang. Konvoi mereka menginap disebuah homestay ala dormitori. Bilik air berkongsi.

Julo menghabiskan Surya beliau dan menggosok giginya.Masa untuk tidur.

Terjaga Julo tiba tiba antara jam 3 setengah pagi dan 4 pagi. Pundi terasa penuh. Dinyalakan sebatang lagi Surya.

Bergerak ke bilik air terhoyong hayang Julo nya.

Ditolak pintu bilik air jenis plastik lipat lipat dan segera pula ditutupnya.Dibuang Surya masih menyala kedalam tong sampah.Berlari ke katil.

Paginya Julo demam. Jep, ketua konvoi menjadi hairan. "Kau dah kenapa?" tanya Jep.

Julo diam saja.Pulang ke Johor baru diketahui.

Berus gigi didalam bilik air dilihat Julo terapung apung.