Julo pernah mengikut kontrak piling sehingga ke Perak, Selangor, Terengganu dll. Masih bujang jadi tak berkira sangat bila sampai ke satu satu tapak projek, Julo akan duduk di kotai kotai, rumah kedai dalam pembangunan, bawah mesin, malah bawah pokok pisang juga boleh.
Julo bercerita sekali, di Selangor, beliau duduk dalam satu kontena. 2 bulan. Malam malam kena kacau. Kalau setakat bunyi tikus Julo tak gentar. Ini bunyi orang mengetuk, melompat, berlari lari yang didengar beliau setiap malam. Orang ketuk dinding kontena bunyi macam mana? Orang melompat di atas kontena bunyinya? Orang berlari lari dalam kontena, kemudian terasa berhenti dihujung kaki, apa perasaan?
Julo kata memang seram, tapi lagi seram tak ada duit.
Betul.
P/s-Julo adik sepupu penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan