Sebelum berkahwin, Along, sepupu penulis, gemar mengikuti trip memancing. Ada masa sampai ke Thai. Hujung minggu beliau dipenuhi dengan aktiviti memancing. Kalau dijengah wall FB beliau, penuh berkaitan memancing dan gambar gambar hasil memancing.
Dalam satu trip ke hutan disempadan Johor Pahang, Along bersama rakan rakannya masuk jauh ke dalam hutan berjalan kaki.8 jam. 3 kali berhenti.
Kawasan dituju memang sangat sangat cantik, siap sekali dengan lata untuk mandi. Kawasan ini tidak ramai yang tahu. Maka ini menjadi lubuk yang cuma kawan kawan saja tahu. Air cantik berwarna hijau. Orang kata petanda banyak ikan mahal mahal.Iya?
Sebaik sampai mereka terus membahagikan tugas. Kesemua tersenyum riang kerana sudah terbayang hasil tangkapan. Siap.
Masa memancing kemudiannya selepas makan malam. Jam sekitar Isyak. Bersiap siap mereka.
'Wak (nama panggilan sesama kawan Along, beliau Jawa mengikut sebelah Ayahnya), esok kita balik. Esok kita balik.' kata seorang rakan beliau tiba tiba
'Ha? Kenapa? Apasal? Kan 3 hari?' soal Along antara pelik dan hairan dan bengang.
Kawannya diam saja.
'Tom, Tom' panggil Along pada seorang kawan yang lain yang berhampiran.
Kawan yang diam tadi tiba tiba terbang ke atas. Menghilang dibalik dahan dahan pokok tinggi menjulang.
Esok mereka semua balik, awal awal pagi.
P/s-ada menyamar meneyerupai sedang orang yang sebenar dok buat kerja lain dibelakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan