Oa, sepupu penulis dengan beza umur 2 tahun. Seorang yang manja dan mudah bergurau. Jika berkumpul ramai ramai Oa lah yang akam menjadi sasaran gurauan kami. Saat penulis menaip cerita ini, kami keluarga besar sedang berumah dirumah pusaka dan Oa sedang OTW dari Kluang ke kampung kami di Pontian. Jadi sempena berkumpul dikampung ini,cerita hantu akan mengambil tempat.
1.Oa bekerja dengan Peladang di Renggam, Menyewa rumah disana. Suatu malam Jumaat, beliau terdengar ditingkat atas terdengar orang berbual. Beberapa malam Jumaat lagi kejadian sama berlaku. Tidak ama kemudian jiran jiran bercerita, rupanya rumah sewa tersebut pernah ada orang tua mati tak ketahuan.Bila berjumpa cuma rangka. Begitupun Oa rock sahaja.
2.Suatu malam, Oa tidur dirumah pusaka keluarga kami.Berseorangan.Oa sedang melalui proses peralihan kehidupan. Belajar hidup berdikari. Hujan pula malam itu,didapur terdengar suara orang. Oa sekadar bergumam "Aku tak kacau, kau jangan kacau".
3.Along, abang Oa adaah pemancing fanatik, Memang gila gila memancing. Waktu isteri dekat nak bersalin saja beliau slow sedikit.Habis saja bersalin Along kembali aktif.
Suatu masa Along mengikuti trip ke hutan Pahang. Seperti biasa diwaktu malam, sedap memancing matanya mendongak keatas. TARAAA...Pontianak. Rambut panjang berjurai sambil kain seperti buaian ditolak angin. Along tidak panik.Sempat ditanya rakannya nampak tidak Pontianak diatas mereka. Sekadar mengangguk saja si rakan. Mengenangkan ada anak kecil dirumah, Along mengalah dan pulang keesokan hari.
4.Julo, adik sepupu penulis, suatu malam pulang kerumah dikampung kami. Rumah beliau berhampiran rumah pusaka arwah Atuk. Mendekati kasasan tali air disimpang empat ditengah jalan, kelihatan seorang lelaki. Berduri seluruh badan.
Nakalnya Si Juli dicabar lelaki duri tadi. Minta nombor.
5.Satu masa diawal 90an, Bang Boh,cucu sulung arwah Atuk, baru pulang daripada kilang Mitsumi, orang Pontian tahu dimana. Jam 3 pagi. Jalan sama dilalui Julo dalam cerita diatas tadi, bezanya cerita Julo baru berlaku.
Jadi Bang Boh melalui jalan tadi. TARAAA.....Terkangkang hantu tinggi, kaki kiri kanan di dua belah bahu jalan. Sampai ke rumah Bang Boh bisu sekejap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan