Penulis mempunyai seorang adik sepupu favorite. Beza umur 5 tahun agaknya.
Beliau ini tahan lasak, kepala ligat dan agak 'slick' karakter. Kami panggil beliau Bella (Raisabella)atau Lais sempena nama beliau Mohd Rais. Lais? Beliau agak tidak handal menyebut huruf 'r' zaman kanak kanaknya dulu. Melekat terus nama Lais tadi.
Mak Usu a.k.a Emak Lais selalu terasa nak gugur jantung kerana Lais Bella ini.
Makanya suatu masa penulis bercuti di rumah Mak Usu di Kampung Jawa, Segamat. Cuti sekolah sebulan.
Suatu masa petang menghampiri senja dalam renyai hujan yang lebat sebelumnya.
Penulis dan Jo Beng (abang Lais) duduk diruang tamu. Melihat TV, membelek suratkhabar lama, membaca komik Pendekar Laut Pendekar Sakti dan melayan kucing kucing belaan keluarga Mak Usu.
Lais Bella pulang. Agak kuyup. Kami yang pangkat abang abang ini melihat saja. Kerana selain sudah kebiasaan mengenangkan perangai Lais ini tadi (yang biasa merayap ke hulu ke hilir di serata Kampung Jawa), kami juga menjangkakan Lais ini balik tukar baju basah saja. Dalam kurang 10 minit mesti lesap sekali lagi.
'Tadi kawan Lais kena kacau hantu.' terang Lais tanpa diminta.
Penulis mendengar saja tatkala Jo Beng mengatakan-'Elehhh...'
'Betul aaa. Kawan orang kena kacau hantu. Kitorang berteduh kat rumah kosong lorong @@@@@@. Tiba tiba ada kawan kena tepuk dari belakang. Tengok tengok tak ada siapa kat belakang' pertahan Lais.
'Elehhhh, kawan kawan kau lah tu menyakat' acuh tak acuh Jo Beng pada cakap adiknya itu.
'Eh tak adalah, Lais, Imi dengan Napi aja. Yang kena tu Imi. Kawan kawan lain duduk kat luar rumah. Kitorang aja kat dalam rumah kosong tu. Lari terus keluar.' jelas lagi Lais.
Lais lesap lagi kemudian.
Malam itu penulis mengikuti Jo Beng keluar. Lepak lepak dalam taman perumahan keluarga Mak Usu.
Budak budak taman kecoh dengan cerita yang sama diceritakan Lais tadi.
Penulis dan Jo Beng mendengar saja. Siap ada kata dengar suara mengilai ngilai. Memanggil manggil budak budak yang berteduh tadi.
1 ulasan:
Testing 1, 2, 3 (untuk pastikan saya dah membuang keperluan mengisi petak kosong bila nak memberi komen)
Catat Ulasan