Khamis, 5 Januari 2012

Berhampiran blok Aspuri


Ting ting ting ting Usop menala tali gitar kepunyaan Oud. 2 lagi kawannya Bean dan Weweng berkongsi dengar walkman, satu earphone satu telinga. Dengar Nirvana. Nevermind.

Ting ting ting ting kedengaran lagi menandakan usaha Usop, hakikatnya Oud cuma mengajar Usop kord A minor saja siang tadi, namun Usop telah melanjutkan pelajaran ke tala menala tali gitar pula. Masih saja daripada tali tali E high saja, entah tepat tidak.

Oud berbual dengan Indon aka (Allahyarham) Khairul Azam. Kesemua mereka berada diatas dibawah 2 katil double decker yang dicantumkan.

Mereka semua sebenarnya ponteng prep malam itu. Tak kisahlah, waktu prep akan tamat setengah jam lagi. Senior memang macam tu. Junior saja yang pergi prep prep ni.

Aura (ketua dorm) kemudian memasuki dorm mereka, B6 di SMTBP.

Tiba tiba Indon merentap tangan Oud. Mulutnya berkata 'Oud, aku nampak Oud, aku nampak!' sambil matanya memandang ke luar tingkap ke arah blok Aspuri.

Kawan kawan semua kaget.

'Kau nampak apa Don oi?' tanya Oud cuba melepaskan genggaman tangan Indon pada tangannya.

'Aku nampak Oud, aku nampak' diulang ulang Indon.

Aura terus membuka lampu dorm. Ingat, waktu prep masih ada setengah jam lagi. Nasib tak baik warden naik atas dorm. Gegar.

'Aku nampak Oud, aku nampak' kata Indon mengulang ulang sambil matanya masih memandang blok Aspuri.

Setengah jam kemudian tepat waktu tamat prep, baru keadaan menjadi tenang. Ditanya kemudian pada Indon apa yang dilihat beliau tadi.

'Aku nampak macam belon putih naik terbang perlahan lahan dari tingkat bawah Aspuri'

Malam itu semua penghuni B6 tidur beramai ramai ditengah dorm.

p/s-Usop menjawab esoknya kerana mengkelam kabutkan tuning gitar Oud. Al Fatihah untuk Khairul Azam bin Rashid.


Tiada ulasan: