2 hari lepas, penulis dan Alice berbual melalui YM. Bermacam dibualkan terutama berkaitan hal kerja Alice. Kami terus menerus berbual hingga jam 11 malam dan Alice kemudian bertanya samada penulis mahu mendengar cerita hantu?
Begini ceritanya, berlaku di UiTM Merbuk baru baru ini.
Kemasukkan pelajar baru bermakna penambahan kesibukkan kerja dan masa bekerja yang lebih perlu diluangkan bagi memudahkan kerja kerja pentadbiran kelak. Ini bagi mengelakkan demonstrasi lain pula terjadi.
3 pekerja sedang bekerja, seorang lelaki berumur hampir dan 2 rakan sepejabat, wanita muda. Salah seorang wanita tadi baru mula bekerja disitu.
Mereka dimeja masing masing. Tekun mengadap komputer dan dokumen bertimbun timbun. Masa menunjukkan hampir ke 9 malam.
Kemudian salah seorang pekerja wanita tadi datang ke meja pekerja wanita yang seorang lagi. Bertanya hal hal pentadbiran.
'Adik berdua oi mai kita balik mai!!! Cepat cepat!!' tiba tiba rakan sekerja lelaki yang berumur tadi meninggikan suara.
'Aku kata kita balik saja. Hangpa jangan banyak tanya!!!!' makin meninggi suara rakan lelaki tadi.
'Pasai apa pula Bang? Kerja banyak lagi ni?' bantah salah seorang wanita.
'HANG JANGAN BUAT GILA!!!! KITA BALIK AKU CAKAP KITA BALIK LAH!!!!' meninggi suara pekerja lelaki tadi.
Tersentak 2 pekerja wanita tadi dan terus mematikan komputer dan mencampakkan dokumen ke atas meja.
3 minit kemudian mereka keluar daripada pejabat.
Esoknya
Pekerja lelaki tadi meminta maaf kerana perlakuannya malam tadi. Cuma tidak diterangkan saja kenapa.
Salah seorang staff wanita bertanya pada pekerja pekerja lain. Diketahui kemudian rakan lelaki tadi mampu melihat makhluk halus.
Setiap minggu meja kerja rakan lelaki tadi sering berubah kedudukan, bila ditanya dijawab
'Depa dok perati aku waktu kerja, kacau-kacau aku. Malas peduli tu aku alih alih meja aja'
Dikorek cerita lagi, suatu malam pekerja lelaki berumur tadi memanggil pengawal keselamatan menemani beliau berkemas balik kerana tidak tahan 'benda' itu menjelma dengan wajah yang sangat sangat menakutkan. Pucat pengawal keselamatan malam itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan