Rabu, 11 Januari 2012

Ganggu

Suatu senja bila Abdullah Khairul Azam baru pulang daripada pekan. Menunggang Suzuki Cup arwah bapanya. Suasana kuning kuning senja bercampur biru gelap dilatari kawanan burung terbang pulang ke sarang.

Abdullah Khairul Azam sampai ke laman rumah pada laungan Allahuakbar pertama yang gemersik kedengaran daripada pondok pengajian agama Islam disebelah rumahnya yang turut dihuni Ibunya dan 2 orang adik perempuan. Terlewat beliau untuk ke pondok yang juga boleh dipanggil Musolla itu hari ini.

'Aku mandi duluan, sempat nih kalau mahu jamaah sama nanti. Insya Allah' getus hati beliau.

Kebiasaan begini keluarganya yang lain jika tidak keuzuran bendera Jepun putih merah, sudah ke Musolla. Terutama adik adik perempuannya.

Masuk dulu Abdullah Khairul Azam ke dalam rumah, bersiap untuk mandi. Dengan baju yang telah ditanggalkan dan tinggal seluar slack hitam dan tuala putih kelabu, beliau keluar ke belakang rumah. Ke bilik air.

Terasa tiba tiba seolah diperhatikan. Meremang bulu tengkuknya tiba tiba.

Abdullah Khairul Azam memandang keliling. Suasana langit telah gelap. Umpama  Sang Kala menelan suria.

'Persetan aja, aku mahu ke Musolla nih' tutur perlahan Abdullah Khairul Azam. Usai mandi dan bersiap dengan berlari lari anak  Abdullah Khairul Azam sempat menyertai jamaah desa yang sudah mengangkat takbir.  Paling saf belakang sekali. Kenampakkan pintu Musolla.

Saat sujud tetiba anak matanya melihat diluar pintu sana disempadan luar antara laman Musolla dan jalan tanah, diam tegak berdiri -

 
“Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Surah Shaad : 82-83)





Tiada ulasan: