Begini-
Suatu malam gelap gelita waktu Tok Sir sedang enak melelapkan mata. Kepenatan sejak pulang daripada menjenguk kebunnya yang dihujung kampung sebelah sungai, nak dijual esok buat membiayai pelajaran anaknya ke Kanada.Anak yang nak ke Kanada ini memang bergeliga akalnya. Sayang jika tidak sambung belajar. Pandai dan dah dapat ijazah esok lusa negara kita juga yang untung.
Demi pelajaran anak, sanggup Tok Sir menjual tanahnya pada orang. Pada Tok Sir harta ini cuma daki dunia sedang ilmu itu berguna dunia dan akhirat sekaligus.
Biarlah. Walau ada juga kalangan saudara yang kesal dan membantah terutama adik beradiknya yang daripada 18 orang dah tinggal 6 orang. Yang lain dah disimpan baik baik dalam lahad. Tiga orang hilang zaman perang Jepun dan 2 orang pada zaman Komunis Cina buat kacau.
Tok Sir telah berjanji dengan almarhumah isterinya tercinta, yang beliau tidak akan sesekali mengabaikan pelajaran anak anak.
Masih diingat lagi Tok Sir janji yang dibuat puluhan tahun lalu. Sebak hati Tok Sir mengingat almarhumah yang sangat setia dan patuh. Biar Tok Sir merantau satu dunia sekalipun, tidak akan bertemu pengganti sebaik almarhumah.
Dipeluk bantal menggantikan rasa rindu memeluk isterinya yang sudah berpisah alam.
Tiba tiba
'Nasir.........'
Gemersik kedengaran suara seseorang memanggil nama Tok Sir.
'Nasir.........'
'Aku tahu kau susah.....' tambah lagi suara tadi.
'Nasir.........'
Tok Sir bangun daripada pembaringan. Cuba mengesan arah suara ganjil itu.
'Nasir.........'
'Diluar diluar diluar....' arah suara tadi seolah mengetahui.
Tok Sir rasa berdebar debar. Gerak hati mengatakan diluar rumah. Betul betul disebelah bilik tidurnya.
'Aku diluar. Aku nak berkawan dengan kau. Aku tahu kau susah sekarang.'
Tok Sir memberanikan diri membuka tingkap bilik tidur.
'Ya Allah!!!!' hampir terganjak ke belakang Tok Sir.
Dibawah rumah, dilaman rumah, kelihatan seekor makhluk berbulu dan bertanduk. Tinggi. Lebih tinggi daripada separuh ketinggian tingkap rumah kayu kampung.
'Aku nak berkawan. Aku tahu kau susah' ungkap makhluk berbulu itu.
'Aku boleh bantu kau. Kau tak akan susah lagi selepas ini' tambah lagi makhluk itu.
'Kau siapa? Apa yang kau boleh bantu aku?' terketar ketar suara Tok Sir.
'Aku bernama Tunggal Tanah. Aku nak berkawan dengan kau. Aku nak membantu. Kau susah sekarang, aku tahu' jelas makhluk bernama Tunggal Tanah itu.
'Aku boleh beri kau senang. Aku boleh bantu kau. Kau tak perlu bersusah lagi bekerja. Aku bantu kau hidup senang' tambah lagi si Tunggal Tanah.
'Tapi kau mesti nakkan balasan, bukan?' tanya Tok Sir perlahan lahan hilang ketarnya.
'Tidak susah. Kau cuma perlu berikan aku lembu seekor dan semangkuk darah ayam hitam setiap bulan purnama' jawab Tunggal Tanah. Jelas si Tunggal Tanah mahu membuat perjanjian sesat.
'Selain itu, setiap tahun kau mesti beri darah kau sendiri. 30 titik dalam piring dicampur darah ayam hitam' tambah lagi Tunggal Tanah.
'Lagi? Apa kau mahu?' tanya lagi Tok Sir semakin mendapatkan kewarasan beliau yang hilang sekejap tadi kerana ketakutan.
'Kau mesti tidur dengan perempuan yang masih dara setiap tahun' jawab Tunggal Tanah. Laknat betul. Asyik perempuan saja yang kena jadi mangsa ilmu hitam(!!!!)
'Itu saja?' tanya lagi Tok Sir.
'Kau mesti bunuh perempuan yang kau tidur itu' tambah Tunggal Tanah lagi.
PUMMM!
Malas Tok Sir melayan setan. Ditutup tingkap bilik dan sambung tidur.
'Erkkk.....'
p/s- Dunia sementara, akhirat kampung kita semua