'Waduhhh. Kok tak tidur lagi mereka nih' gumam Yuli Yonto melihat rakan rakan kerjanya masih asyik banget menonton DVD. Padahal esok kerja. Sudah jam 3 pagi lebih. Pekerja pekerja Indonesia mereka semua ini. Kerja buruh membuat bangunan. Yuli Yonto tidur dibiliknya yang bersebelahan benar dengan ruangan TV.
Cumanya Yuli Yonto saja yang kontraknya sedikit berlainan. Mudahnya kalau bos Yuli suruh membuat kerja itu ini, maka itu ini lah dibuat Yuli Yonto. Yang lain dibawah kontrak orang lain, namun masih saja dalam lingkungan syarikat syarikat yang membina tapak kerja mereka sekarang di Bandar Baru Pontian.
'Kamu terjaga ya? Sugir perlahankan suara TV tuh. Yuli sampai jaga ni.' kata seorang pekerja buruh lain yang dianggap ketua tak rasmi mereka di rumah kongsi tapak bina. Seperti yang kita tahu pekerja Indonesia akan membina sendiri rumah kongsi mereka bersebelahan tapak kerja mereka. Mudah untuk pelbagai urusan. Mudah juga untuk berhibur sesama mereka.
'Ngak pa pa. Aku mau kencing aja nih' berlalu Yuli keluar dari rumah kongsi.
'Kencingnya jangan didepan pintu sih. Hasemmmmmm (hancing) baunya.' kata lagi yang lain sambil menutup hidung.
'Iyalah.Aku kencing jauh sedikit nih' berlari lari anak Yuli Yonto. Pundi mahu pecah rasanya.
'Hati hati ama hantu Li. Kih kih kih' lawak seram yang lain memerhatikan Yuli didalam kegelapan malam di luar rumah kongsi.
YESUS KRISTUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SETAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jeritan Yuli Yonto.
'Aduh, kok baru disebut sudah kena. Eh pergi tengok yuk. Ayuh!!' kata pekerja yang dianggap ketua tak rasmi tadi,
'Serammmmm nih. Kita nanti aja didalam.' bantah seorang yang lain.
'Bagaimana kalau Yuli dicekik hantu tuh? Masa kita diam aja disini?' marah pekerja dianggap ketua tak rasmi tadi.
'Kalau mahu iya pergi sendiri' sambung seorang lain. Disambut anggukan yang lain dan terus menonton DVD lain lainnya.
'Kok begitu 5 menit kita tunggu dulu' kata pekerja dianggap ketua tadi.
Terlupa terus mereka semua yang didalam rumah kongsi tadi kemudiannya. Seronok menonton cerita Indiana Jones.
Esok Yuli Yonto demam. Begitu pun mulutnya becok memarahi teman temannya. Masa tegar tidak membantu rakan sendiri?
'Lu semua memang ngak berguna.Gua disakat hantu tadi malam pun tiada seorang menjengah. Gua sampai pingsan tuh.' dan pelbagai lagi bebelan Yuli Yonto.
Beberapa ketika kemudian diketahui tatkala Yuli Yonto membuang air ditengah kegelapan malam lebih kurang 30 meter dari rumah kongsi, ditengah tengah tanah tambak seluas lebih kurang stadium bola, kelihatan kejauhan 3 susuk yang berupa tubuh manusia dari kepala sampai pinggang separuh terbenam didalam tanah.
Berlumba lumba mendekati Yuli.
p/s-Yuli Yonto beragama Kristen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan