'Hey Tony, datang rumah aku petang nanti.' kedengaran perbualan Steven Senegal diset penggambaran. Melalui telefon.
Steven seorang pelakon watak aksi terkenal Hollywood. Kali ini berlakon watak utama, seperti biasa, merangkap produser bersama filem aksi live ini. Mempunyai kegemaran khas membeli gitar gitar vintaj terutama yang pernah digunakan artisan artisan muzik Blues.
Tony Lapompo pula dulunya seorang juruteknik gitar mengikuti tour tour kumpulan rock sebelum sekarang membuat kerja persendirian dalam bidang kerja kayu dan besi. Sebab dah tak larat nak tour jauh jauh. Tambah ada diabetis pula.
Steven Senegal (Iya, saya ubah ejaan asal)
'Uhuh?Kau beli gitar baru ke?Tahun (dibuat) berapa?'Tony bertanya sayup sayup dalam speaker telefon.
'Iya. Custom made. Kau nak tahu siapa pernah pakai gitar tu dulu? Datang rumah. OK.Petang nanti.' tutup Steven menuju ke trak khas disediakan studio penggambaran.
Petang itu, dibilik khas penyimpanan gitar rumah Steven Senegal.
'Tengok. Flying V. Buatan seorang luthier dari pantai Barat laut (Amerika). Spesifikasi Gibson. Kau fikir macam mana?Kau tengok aja gitar ni kau dah tahu siapa yang pakai gitar ni dulu. Hehe.' terang Steven.
'Ini gitar XXXXX King ni?!!! Berapa puluh ribu (US dollar) kau beli? Bukan gitar ni dah hilang lama ke? Sejak King mati awal 90 an dulu, gitar ni terus tak tahu siapa yang simpan. Ada kata King beri gitar ni sebab kalah poker. Ada kata King gadaikan. Entahlah. Aku boleh tolong setupkan gitar kau ni, kalau kau naklah. Kau tahu aku memang minat dengan King!' bertalu talu Tony mengeluarkan kata kata.
(Almaklum buat orang Amerika, muzik blues umpama dangdut di Indonesia, sangat pop buat mereka. Tambahan setiap 50% orang Amerika tahu bermain alat muzik dan 30% tahu bermain lebih 2 alat muzik, maka mereka kebanyakkan sangat faham jenisan instrumen digunakan pemuzik penyanyi kegemaran mereka. Muzik blues dipelopori oleh golongan kulit hitam sebagai luahan perasaan mereka diatas penindasan sistem hamba abdi pada kaum mereka. Yang kemudian berkembang luas menjadi satu genre muzik yang turut digemari kaum kulit putih (pula?).Ramai artis artis 'purist' blues kulit hitam yang 'feel' permainan mereka dikatakan lebih berperasaan berbanding artisan kulit putih)
'Betul. Puas aku cari gitar ni. Siapa yang jual pada aku tu cerita lain. Yang penting aku dah dapat jumpa sekarang. Heh. Harganya tak cecah 59 burst (gitar Gibson Les Paul) tapi boleh tahanlah.' jawab Steven tersenyum, membiarkan Tony melari larikan jari diatas fretboard gitar yang menjadi tumpuan mereka.
'OK. Kau tolong setup gitar ni. Kau fikir perlu refret ke? Tengok dulu, nanti beritahu aku apa apa nak dibuat pada gitar ni. Hardcase asal tak ada, jadi aku gunakan case Flying V aku yang lain.' tambah lagi Steven.
Tony pun membawa pulang gitar tersebut sambil tersenyum riang.
'A piece of blues music history going to spent time with me' ujarnya didalam hati.
Tony meletakkan gitar bersama hard case itu kemudian diatas sofa ruang tamu rumahnya. Riang gembira bersiul siul lagu lagu lama King.
Tengah malam itu, dalam kegelapan ruang tamu, anak dara Tony terlihat sesusuk gelap dan besar seorang lelaki berkulit hitam berhampiran gitar.
p/s-diubahsuai daripada sebuah posting diforum TDPRI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan